Bahan2:-
2 kg kepingan ayam - cuci bersih dan toskan
1 sd besar garam
1 sd besar serbuk kunyit
500 ml minyak masak
Kisar:
150 gm cili kering - potong, rebus dan tos
3 biji bawang besar
3 ulas bwang putih
1/2 inci halia
Bahan lain:-
1/4 biji nanas - kisar
1 sd besar air asam jawa
4 sd besar sos tomato
1 sd besar sos cili
1 sd teh kicap manis
2 biji bawang besar - hiris bulat
1 sd besar garam
1/2 sd teh msg
3/4 cawan gula - atau secukup rasa
4 batang serai - dititik
Caranya:-
Gaul ayam dgn garam dan kunyit kemudian goreng dgn minyak yg cukup panas hingga masak.
Kemudian angkat dan toskan. Kecilkan api supaya minyak yg tertinggal tidak hangus setelah ayam diangkat keluar.
Tinggalkan anggaran secawan minyak dan masukkan bahan kisar bersama garam dan tumis hingga garing dan selalu di kacau supaya tak berkerak. Masukkan air asam jawa dan tumis lagi.
Kecilkan api kemudian masukkan nenas kisar..kacau sebentar.
Kemudian masukkan bawang hiris dan serai titik dan kacau hingga gegelang bawang mulai bercerai.
Masukkan sos tomato, sos cili, msg dan kicap. Kacau sebentar. Kecilkan api.
Selepas itu masukkan gula dan kacau hingga sebati dan gula larut.
Gaul rata atas api sederhana dan padamkan api dan hidangkan.
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment