Percubaan pertama aku buat asam pedas pakai daging/tulang, sblm ni aku masak asam tumis (kata org melaka) pakai ikan je ^_^
Kuah asam pedas ni di buat cair sikit ikut cara masak asam pedas mak aku so boleh di hirup kuahnya serta di test buat seperti masak asam pedas ikan yg biasanya aku buat sblm ini, cuma aku tambah lengkuas, serai dan daun limau purut ikut style asam pedas tetel nenek aku. Layan :)
ASAM PEDAS TULANG
Bahan2:-
2 kg tulang lembu yg ada isi (boleh tambah separuh daging dan separuh tulang jika suka) - bersihkan
4 liter air
75 gm halia - diketuk
75 gm gula batu
Kisar:
60 gm cili kering - rebus dan toskan
120 gm bawang merah
100 gm bawang besar
35 gm halia (tambahan)
50 gm kunyit hidup
30 gm lengkuas
20 gm bawang putih
15 gm lada hitam (anggaran 1 sd besar)
10 gm jintan manis (anggaran 1 sd besar)
Bahan lain:
100 gm bawang besar (hiris nipis)
1 sd teh halba campur (campuran halba dan biji sawi)
5 tangkai daun kari - daun sahaja
75 gm asam jawa (dibancuh dengan 300 ml air dari baki kisaran bahan kisar)
3/4 cawan minyak
1 sd besar garam (atau secukup rasa)
1/2 sd teh serbuk perasa
300 gm tomato (2 biji) - belah 47 batang serai - diketuk
segenggam daun limau purut - daun sahaja - dikoyak2 sedikit
Caranya:
Rebus tulang bersama 4 liter air dan gula batu serta halia selama 4 jam (bila air mula tinggal separuh tambah lagi air dan rebus lagi dalam tempoh ini hingga airnya tinggal separuh (anggaran 2 liter). Jika ada gunakan daging, tak perlu potong dulu hanya masukkan selepas 2 jam merebus dan baru angkat 1/2 jam selepas itu dan hiris kemudian masukkan kembali ke dalam rebusan utk mengelakkan daging dari menjadi terlalu lembut dan hancur) - Gula batu tu di gunakan utk melembutkan daging semasa direbus dan supaya kuah ada hint2 manis sikit bersama pati daging yg dah keluar semasa proses itu, so tak payah letak gula lagi.
Agak-agak 1/2 jam tempoh merebus tamat, panaskan minyak dan masukkan halba campur.
Selepas itu masukkan bawang hiris dan kacau hingga naik bau.
Masukkan daun kari dan kacau lagi hingga bawang mula bertukar menjadi kuning.
Apabila bawang sudah mula bertukar menjadi kuning, masukkan bahan kisar.
Masukkan garam dan tumis sambil dikacau selalu supaya tak berkerak.
Tumis sehingga garing.
Sementara itu bancuh asam jawa bersama air dari bekas bahan kisar.
Kemudian masukkan ke dalam tumisan tadi dan kacau.
Masukkan serai yang telah dititik.
Kacau lagi sedikit hingga sebati.
Sementara itu biarkan rebusan yg sudah mula tinggal separuh itu mendidih.
Masukkan bahan tumis tadi ke dalamnya dan kacau.
Masukkan daun limau purut dan serbuk perasa. Biarkan mendidih 10 minit. Rasalah asam garamnya secukup rasa. Jika suka pekat renih lama sikit lagi.
Masukkan tomato dan biarkan mendidih lagi 5 minit. Baru di angkat.
Hidangkan bersama *sambal cencaluk, ikan masin goreng, ulam2 atau sambal belacan dan kicap manis.
*Sambal Cencaluk
Bahan2:-
5 sd besar cencaluk
15 tangkai cili api (hiris bulat)
1 labu bawang besar (hiris)
1 sd besar jus limau nipis
1 sd teh gula
Caranya:-
Gaul sebati bahan2 ini dan simpan dlm peti sejuk sehingga di gunakan.
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment