Thursday, October 14, 2010

Sambal Goreng

Sambal goreng ni amat sesuai dimakan dgn lontong, salah satu lauk nasi ambeng, ketupat and mostly apa saja.

SAMBAL GORENG
Bahan2:-
250 gm bawang merah (dikupas, jangan basuh dan terus dihiris halus)
3 cawan minyak

A :
500 gm daging tetel
500 gm paru
Bahan2 ini direbus dgn sedikit air hingga empuk dan hampir kering. Letak sedikit halia ketuk jika perlu untuk menghilangkan hanyir. Kemudian di potong dadu kecil berasingan.

B :
500 gm udang basah (buang kepala dan ekor)
4 keping tempe (potong dadu kecil)
4 keping tauhu keras (potong dadu kecil)
10 batang kacang panjang (hiris)
15 tangkai cili kering (gunting menyerong)
3 biji cili merah (hiris menyerong)
3 biji cili hijau (hiris menyerong)

Kisar : (aku pakai air rebusan daging dan paru - sayang nak buang)
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cm halia
1/2 cm lengkuas
15 tangkai cili kering
1 kotak kecil santan
1 genggam asam jawa (bancuh asam jawa dengan santan - tak perlu tambah air)
1 sd besar garam
1/2 sd teh serbuk perasa
4 sd besar gula

Caranya:
Panaskan minyak, goreng bawang yang telah dihiris tadi hingga menjadi bawang goreng. Bawang ni tak perlu basuh, hiris dan terus goreng untuk dapat hasil bawang goreng yang rangup.
Angkat dan toskan


Pada baki minyak yang tinggal, goreng bahan A & B satu persatu hingga garing kecuali kacang panjang. Cili2 segar cukup digoreng layu sahaja. Ketepikan.

Bila semua dah bergoreng, tinggalkan anggaraan 3/4 cawan minyak dan tumis bahan kisar.
Tumis hingga garing. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa (secukup rasa). Kacau lagi.

Masukkan bahan2 yang telah digoreng satu persatu tadi dan kacang panjang.

Kacau sebati dan masukkan santan yang telah dibancuh dgn asam jawa.
Kacau hingga agak kering. Kemudian masukkan bawang yang telah di goreng tadi. Kacau sebati.
Padamkan api dan hidangkan.
Selamat mencuba :) 

No comments:

Post a Comment