Thursday, October 14, 2010

Laksa Johor


LAKSA JOHOR
(Hidangan 8-10 orang)

Bahan2:

1 kg ikan parang
500 gm udang basah (kupas - simpan kulit dan kepalanya)
125 gm ikan kurau kering
1 cm halia - di ketuk
1.5 liter air
300 ml air (tambahan)

Hiris nipis:

200 gm bawang merah

Kisar:

60 gm cili kering - di gunting dan rebus
250 gm bawang besar
50 gm kunyit hidup
90 gm halia
20 gm bawang putih (anggaran 5 ulas)
25 gm udang kering

Di ketuk:

7 batang serai
75 gm lengkuas

Bahan lain:
250 ml minyak masak
1 paket kecil rempah kari ikan / udang
25 gm asam keping (anggaran 7 keping besar)
2 sd makan garam atau secukup rasa
1 sd teh serbuk perasa
100 gm gula (optional - ada yg tak suka letak)
50 gm daun kesum (daun sahaja)
100 gm kerisik
250 ml santan pekat (perahan tanpa air)

Ulam-ulaman & Bahan Lain:
3 biji bawang besar - di racik/hiris
8 batang cili merah - hiris
10 batang cili api - hiris
1 btg timun - di racik2
2 cekak daun pudina - daun sahaja - hiris
2 cekak daun kemangi - daun sahaja - hiris
2 cekak daun selasih - daun sahaja - hiris
3 kuntum bunga kantan - di racik
1/4 biji nanas - di hiris (optional)
5 biji limau nipis - di belah
2 pokok daun salad - hiris
1 paket lobak asin cincang
10 btg kacang panjang - di hiris bulat
2 cekak daun kesum - daun sahaja - hiris
400 gm tauge segar (tak perlu celur)

2 paket spaghetti - di rebus ikut arahan dan campur 2 sd besar minyak semasa merebus
7 biji telur - di rebus (optional)

Sambal Belacan:
65 gm cili merah (anggaran 6 btg)
35 gm cili api (taknak letak pun takpe so gunakan 100 gm cili merah)
35 gm belacan
1 sd besar minyak
1 sd besar gula (taknak letak pun takpe)
1 biji jus limau kasturi


Caranya:
Cuci dan toskan kepala serta kulit udang. Kisar bersama 300 ml air tambahan tadi. Tapis dan simpan stok dlm peti sejuk sehingga digunakan.
Ikan kurau di lalukan air sebentar dan bakar di dalam oven suhu 160 C selama sejam.

Rebus ikan parang yg telah dibersihkan dgn 1.5 litre air dan 1 cm halia ketuk. Kali nih aku rebus je ikan tu...so lagi flavourful...dulu ada pernah bakar ikan tu tp macam kering sgt pulak dan jus yg keluar dari ikan hilang camtu je. Rebus ikan selama 20 minit.
Angkat dan toskan ikan kemudian sejukkan sebelum diambil isinya.
Masukkan udang yg telah dikupas dan di bersihkan dan biar di rebus selama 5 minit di dalam stok ikan tadi.
Angkat dan toskan udang. Ambil stok yg tinggal anggaran 2 cawan. Keluarkan halia.Kisar isi udang bersama sedikit stok dan simpan sehingga digunakan dlm fridge.


Ikan yang telah sejuk diambil isinya dengan menggunakan garfu (part paling aku bercinta). Asingkan tulangnya. Kisar isi ikan dengan sedikit stok hingga halus. Simpan dlm fridge sehingga digunakan.
Pada tulang ikan yg tinggal, kisar bersama baki stok dan sedikit air jika perlu hingga halus. Tapis dan masukkan kembali ke dalam baki stok dlm periuk yg tinggal.

Campurkan jus kulit udang dan jerang hingga mendidih.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah yg di hiris tadi. Goreng hingga bawang menjadi ringan dan tidak lekit.


Kemudian masukkan serai titik dan lengkuas dan goreng lagi hingga bawang mula bertukar kuning. Kecilkan api supaya bawang tidak bertukar hangus.

Masukkan bahan kisar dan garam. Tumis hingga garing di atas api sederhana (selalu di kacau).
Kisar isi ikan kurau yg di bakar dengan sedikit stok. Masukkan ke dalam tumisan dan tumis sebentar.

Masukkan serbuk kari dan kacau.
Masukkan isi ikan yg telah dikisar. Kacau sebati atau hingga rempah bertukar warna.

Kemudian masukkan isi udang yg telah dikisar. Kacau bahan2 ini sehingga rata dan biar di gaul sebati selama lebih kurang 5 minit atas api supaya kuah tidak mudah basi.


Masukkan tumisan ke dalam renihan stok.
Masukkan asam keping, gula, serbuk perasa, santan dan daun kesum. Didihkan.
Kemudian masukkan kerisik. Didihkan hingga pekat (selalu dikacau supaya tak berkerak) biar lama sedikit supaya kuah tahan lebih lama.
Apabila pekat, padamkan api.

Cara Menyediakan Sambal Belacan:
Goreng belacan dengan minyak hingga garing.Masukkan ke dalam lesung bersama cili merah dan cili api. Tumbuk hingga halus.
Masukkan gula dan tumbuk lagi hingga lumat jika digunakan. Perahkan asam limau dan gaul.

Alihkan ke dalam mangkuk.

Cara menghidang:

Sendukkan 2 senduk spaghetti yang telah direbus ke dalam pinggan atau mangkuk. Taburkan separuh dari ulam-ulaman kecuali telur rebus (jika digunakan), limau dan sambal belacan.


Tuang 2 senduk kuah dan susun telur rebus dan limau nipis serta tabur separuh lagi bahan ulaman (optional). Letakkan 1 sudu sambal belacan. Gaul dan makan dengan tangan untuk melayan laksa johor secara optimum :)Selamat Mencuba :)


No comments:

Post a Comment