Thursday, October 14, 2010

Kuah Cili Merah

Kuah cili merah sesuai di hidangkan untuk popia goreng, cucur udang atau apa2 cucur, keropok atau apa pun boleh sbg cicahan.

KUAH CILI MERAH
Bahan2:
60 gm bawang putih
1 ulas bawang merah
330 gm cili merah
300 gm gula pasir
400 gm air masak
1 sd makan paras garam
1 sd teh kicap manis
5 sd besar cuka

Caranya:
Kisar semua bahan kecuali cuka hingga halus. Tuangkan ke dalam bekas dan campurkan cuka. Simpan dalam peti sejuk sehingga digunakan.

Note:
Kuah ni jenis fresh dan mentah so kalau nak simpan lama, didihkan sambil dikacau atas api kecil dlm 10 minit dan kemudian masukkan larutan tepung jagung (1 sd besar membumbung tepung jagung + 1/2 cwn air). Kacau hingga pekat dan padamkan api kemudian simpan dalm bekas kedap udara yg kering. Simpan dlm peti sejuk.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment