Thursday, October 14, 2010

Asam Pedas Ikan Pari


ASAM PEDAS IKAN PARI
Bahan2:
1.2 kg ketulan ikan pari
1/2 cawan asam jawa

Kisar halus:
60 gm cili kering (rendam)
4 biji bwg besar
4 ulas bawang putih
1 sd besar paras belacan
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sd besar lada hitam

60 gm (sebesar bola ping pong) asam jawa dibancuh dengan 1 1/2 cawan air
1.25 liter air
1 sd besar garam atau secukup rasa
1/2 sd teh serbuk perasa
2 ikat daun kesum ambil daun sahaja
2 kuntum bunga kantan ambil bulb nya sahaja (belah 2)


20 tangkai bendi
1 biji terung bulat (potong 4)
1 biji terung panjang (di potong)

3/4 cawan minyak masak

Caranya:
Ikan di cuci dan toskan kemudian di gaul rata dengan asam jawa (tanpa di bancuh air) dan perap 20 minit atau mula bertukar warna (utk menghilangkan hanyir).

Kemudian cuci dan toskan

Panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga garing (naik minyak). Kacau selalu...

Masukkan air asam jawa dan kacau/tumis hingga garing sedikit


Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau sekejap
Masukkan air dan serbuk perasa, kacau rata.

Apabila mula merenih, masukkan ikan yang telah dibersihkan tadi. Gaul sedikit supaya rata bersama kuah. Tutup dan biarkan merenih atas api sederhana selama 10 minit. Masukkan sayur-sayuran. Kacau rata dan biarkan mendidih lagi 5 minit atau hingga empuk.
Angkat dan hidangkanSelamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment