Tuesday, January 10, 2012

Carrot Cake

Carrot cake resipi internet percubaan aku yang pertama :) Bahan2 tu aku sukat dengan mug dan di timbang ke gram sebab metric cup takde. Resipi asal juga pakai kelapa parut kering (desiccated coconut) tp di gantikan dgn nenas, serta di gandakan penggunaan telur dari resipi asal dan di adun seperti cara kebiasaan aku membuat kek. Hasilnya sungguh tak mengecewakan and they turned out so moist too. Cuma hiasan yang terhasil ada sedikit kureng rupanya dan tak bleh blah, tangan aku takde seni katanya ~_~

CARROT CAKE
Bahan2:- 
470 gm tepung serbaguna
2 sd teh baking powder (heaped @ membumbung)
2 sd teh bicarbonate of soda (heaped @ membumbung)
2 sd teh serbuk kulit kayu manis
1 sd teh garam
800 gm (anggaran 6 biji besar) carrot (yg telah di kupas)
180 gm walnut
1 tin (565 gm) gegelang nenas berkaleng - di toskan
500 gm gula caster
8 biji telur (grade B)
150 gm kismis kuning
50 gm walnut tambahan
450 gm minyak canola dan sunflower
1 sd teh esen vanila
1 sd teh esen butter vanila

Frosting 
1 kg cream cheese
250 gm unsalted butter
400 gm gula icing
2 sd besar jus lemon

Getting started:
Buat 2 bahagian kertas foil pada tin pembakar dan masukkan 180 gm dan 50 gm walnut tadi ke dalam setiap satu bahagian foil tersebut. Bakar pada suhu 100 C selama sejam.
 
Carrot yang telah dikupas di parut kasar. Masukkan ke dalam plastik jika perlu dan simpan dalam peti sejuk sehingga digunakan.
 

Gegelang nenas yang telah di toskan (tak perlu di perah) di potong 2 dan di gunting kepingan kecil. Simpan juga dalam peti sejuk sehingga di gunakan.

Sediakan 2 tin pembakar 10" x 10" atau 2 tin pembakar bulat 10". Kalau suka lapisan kek yang sedikit nipis gunakan tin 11" atau 12".  Sapukan dasarnya  dengan sedikit mentega dan alas kertas minyak dan gris lagi dengan sedikit mentega rata2 pada permukaan kertas minyak dan sekeliling bahagian dalam tin2 pembakar  tersebut.

180 gm walnut yang telah di bakar tadi di gunting kepingan kecil atau dicincang kasar dan ketepikan. 50 gm walnut yg juga telah dibakar tadi dibiarkan sebiji2 untuk hiasan.

Dalam mangkuk pengadun yg kering masukkan telur, gula caster, esen vanila, garam dan esen butter vanila. 

Pukul pada kelajuan perlahan hingga sebati.

Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi sehingga pekat dan kembang.

Masukkan tepung, baking powder, serbuk kulit kayu manis dan bicarbonate of soda ke dalam mangkuk yang kering.  Sementara itu juga panaskan oven pada suhu 170 C (lebih kurang 20 minit)

Gunakan whisk dan sebatikan.

Perlahankan mixer dan masukkan tepung tadi sedikit2 sambil dipukul sebati.

Kemudian pukul lagi pada kelajuan tinggi hingga sebati lebih kurang 10 minit.

Masukkan minyak sedikit2 sambil dipukul rata.

Pukul hingga sebati.

Masukkan parutan carrot dan gaul sebati.

Masukkan nenas dan gaul rata.

Kemudian masukkan kismis dan sebatikan.
 

Akhir sekali masukkan walnut.


Gaul sebati.

Bahagikan kepada 2 bahagian sama rata dan tuang dalam tin2 pembakar yang telah disediakan.

Bakar setiap satu atau kedua2nya ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama sejam. 

Pada tin kedua jika tidak di bakar sekali tutup dgn foil dan simpan dalam peti sejuk sehingga di buka foilnya dan dimasukkan ke dalam oven untuk bakar.

Keluarkan kek yang telah di bakar. Masukkan pula adunan kek kedua ke dalam oven untuk dibakar (jika tidak di bakar sekali).

Terbalikkan kek ke alas kek 12" dan kupas kertas alas dengan cermat. Kek yg baru di bakar akan kelihatan kembung sedikit diatasnya dan akan turun merata sendiri apabila sejuk. Sediakan frosting.


Frosting:-
Masukkan cream cheese dan unsalted butter ke dalam mangkuk pengadun yang kering.

Pukul pada kelajuan sederhana sehingga kembang.

Masukkan sedikit2 gula icing dan terus pukul hingga kembang.
 

Kemudian masukkan jus lemon dan pukul lagi hingga gebu. Sejukkan frosting dalam fridge sehingga di gunakan.

Sediakan kek yang telah sejuk tadi. Pastikan juga kek kedua yg telah dibakar telah sejuk sepenuhnya.

Letakkan secukup frosting di permukaan kek.

Ratakan dengan pisau atau spatula.

Letakkan kek kedua di atasnya dengan cermat dan buang kertas alas.

Sapukan lagi frosting diatasnya.

Kemudian balut keseluruhan kek dengan baki frosting.

Hiaskan tepi dan tengahnya ikut citarasa dan susun walnut sebiji2 yg telah dibakar. 
 

Potong kek dengan cermat dengan menggunakan pisau yang kering. Untuk memudahkan kek dipotong sejukkan sebentar di dalam fridge.

Hias dengan ceri merah dan hijau jika suka dan hidangkan.

Selamat mencuba :)

Sunday, January 8, 2012

Chocolate Ganache

Ini adalah resipi ganache yang selalu aku buat dan di simpan untuk di makan dgn ice cream vanilla, sebagai inti cream puff, waffle, buat spread roti dan sebagainya selain coating untuk moist chocolate cake. Tuang sikit kat ABC pun layan gila katanya (try la kalau tak caya).
Ganache yg telah disediakan ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga di gunakan (jika ada lebihan) dgn proses `thawing'. Ataupun dipanaskan diatas double boiler jika perlu untuk penggunaan semula.

CHOCOLATE GANACHE 
Bahan2:-
500 gm coklat masakan - cincang kasar atau di patah2kan
600 ml heavy cream
50 gm mentega
2 sd besar gula icing
Secubit garam
1/2 sd kecil butter vanilla atau esen vanilla

Cara Membuat Ganache: 
Panaskan heavy cream, gula, butter vanila atau esen vanila dan garam diatas api yang kecil dalam heavy saucepan dan sentiasa kacau dgn whisk hingga timbul buih2 halus dipermukaannya dan krim menjadi ringan.

Kemudian apabila mula mendidih masukkan kepingan coklat.

Kacau hingga coklat mula mencair.

Terus mengacau hingga coklat cair dan likat.

Kemudian masukkan mentega.

Padamkan api dan terus kacau hingga mentega cair sepenuhnya.

Biarkan sejuk sendiri (pada suhu bilik).

Gunakan terus dan simpan lebihannya jika ada ke dalam peti sejuk sehingga digunakan semula.

Selamat mencuba :)

Monday, January 2, 2012

Ayam Masak Kurma

Kurma ayam ni aku gunakan susu cair yg di campur lemon juice instead of santan. Selain rasa lemak, kuahnya juga tahan lebih lama.

KURMA AYAM 
Bahan-bahannya:-
1.5 kg kepingan ayam yg telah dibuang kulit
4 batang serai - dititik
2 keping asam keping
1 tin (400 gm) susu cair
1 biji (anggaran 150 gm) lemon - ambil jusnya
500 gm kentang (anggaran 5 biji) - dipotong 4
50 gm serbuk kurma
1.5 liter air

Tumisan:-
50 gm cili api - di hiris kasar
35 gm kunyit hidup - dicincang halus
75 gm halia - diketuk
300 gm bawang merah - hiris nipis
10 tangkai daun kari - daun sahaja
3 batang kulit kayu manis
15 biji cengkih
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
200 ml minyak

Bahan2 lain:
4 biji (anggaran 400 gm) tomato - dibelah 4
70 gm (anggaran 6 batang) cili hijau - di belah 2
60 gm (anggaran 5 batang) cili merah - dibelah 2
1 sd besar garam
1/2 sd teh serbuk perasa (jika suka)
1 sd teh gula

Cara2nya
Ayam dicuci kemudian toskan dan campurkan bersama kentang dan serai.

Susu cair dicampur dengan jus lemon. Kacau sebentar sehingga menjadi dadih dan ketepikan.

Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, kemudian masukkan bunga lawang, pelaga, bunga cengkih dan kacau sebentar.

Masukkan daun kari dan goreng sebentar. Kemudian masukkan bawang putih. Goreng sebentar.

Masukkan halia yang telah di ketuk dan kemudian hirisan cili api, kacau sebentar.

Kemudian masukkan cincangan kunyit hidup dan kacau.

Masukkan hirisan bawang merah dan kacau lagi.

Goreng bahan2 ini hingga bawang menjadi kuning.

Kemudian perlahankan api dan masukkan serbuk kurma. Gaul bersama bahan2 tadi.

Selepas itu masukkan kepingan ayam yg telah bercampur serai dan kentang.

Gaul sebati bersama tumisan tadi.

Masukkan garam, serbuk perasa, gula, asam keping dan air. Kacau rata dan biarkan mula mendidih diatas api sederhana.

Biarkan mendidih sebentar kemudian masukkan bancuhan susu cair tadi dan kacau rata.

Didihkan sambil dikacau sekali sekala.

Masukkan cili merah dan cili hijau yang telah dibelah 2. Didihkan lagi.

Kemudian masukkan potongan buah tomato.

Didihkan sebentar dan kemudian padamkan api.

Hidangkan.

Selamat mencuba :)