Friday, September 7, 2012

Almond London Cookies

Antara kuih raya wajib bila hari raya. Ada beberapa biskut yg aku sempat buat tp tak sempat pulak nak update ke blog masa akhir bulan puasa haritu. Ok lah jom aku share recipenya.

ALMOND LONDON COOKIES
Bahan2:
250 gm mentega
150 gm gula icing
450 gm red rose flour (tepung biskut)
1 sd besar baking powder
1/2 sd teh soda bicarbonate
50 gm serbuk badam
1 biji telur gred A atau gunakan 2 biji telur saiz biasa
2 sd teh emplex
1 sd besar butter vanila
1/2 sd teh esen vanila
400 gm badam sebiji

Coating:
500 gm cooking chocolate
35 gm shortening
125 gm badam cincang (almond nibs)
cawan kertas kecil secukupnya

CARANYA
Badam sebiji di masukkan ke dalam dulang yang kering dan bakar pada suhu 100C (no. 2) selama 1 1/2 ke 2 jam sehingga mula mengeluarkan bau.

Angkat keluar dari oven dan patahkan sebiji. Permukaan dalam badam seeloknya berwarna kuning pucat rata (bukan kuning keemasan atau perang) dan rasanya rangup bila dikunyah. Cara ini untuk mengelakkan isi badam hangus bila dibakar bersama dough biskut.

Kemudian simpan badam yang mula sejuk ke dalam bekas kedap udara.

Bakar juga badam cincang pada suhu 150C selama setengah jam atau sehingga kuning.

Kemudian sejukkan sebelum di simpan ke dalam bekas kedap udara.

Masukkan mentega, gula icing, esen butter vanilla, esen vanilla, emplex, baking powder dan soda bicarbonate ke dalam mangkuk pengadun yang kering.

Pukul sehingga kembang.

Masukkan telur dan pukul lagi.

Kemudian masukkan serbuk badam dan pukul rata.

Masukkan sedikit2 tepung sambil di pukul sehingga tepung habis di gunakan.

Pukul sebentar sehingga menjadi dough yg lembut.

Alihkan mixer dan ratakan dough dgn spatula.

Tutup dengan sekeping foil dan biarkan selama setengah jam dan sediakan dulang pembakar yang bersapu sedikit mentega dan panaskan oven pada suhu 160C.

Ambil dough dalam anggaran 1/2 sd teh dan leperkan (dough hendaklah sentiasa ditutup). Kemudian isikan dengan badam bakar.

Tutup dan bentukkan lonjong sedikit sebesar sebiji gula2.

Ulangi proses yang sama dan susun ke dalam talam pembakar.

Bakar selama 20 ke 25 minit hingga kuning keemasan.

Angkat keluar dan sejukkan.

Boleh di masukkan terus ke dalam cawan kertas untuk di sadur coklat atau simpan ke dalam bekas kedap udara untuk disadur kemudiannya.

COATING
Cairkan coklat menggunakan double boiler. Kemudian masukkan shortening dan ratakan.

Sediakan cawan kertas dan susun dlm dulang yang kering.

Isikan biskut ke dalamnya. Jika perlu bakar sebentar pada suhu 100C sehingga biskut mula panas dan sejukkan sedikit sebelum di tuang coklat.

Tuang anggaran 1/2 sd makan coklat ke atas biskut hingga bersalut rata.

Kemudian tabur badam cincang yang telah dibakar sementara coklat masih cair.

Biarkan coklat beku di tempat yg dingin (bawah kipas/acd atau sebagainya)

Nak letak dlm fridge pun boleh to expedite tp jgn terlalu lama dlm 10 minit je gtu supaya permukaannya tak berpeluh bila dikeluarkan

Simpan dalam bekas kedap udara dan alas setiap lapisan supaya tidak comot.

Hidangkan.

Selamat mencuba :)



No comments:

Post a Comment

Recent Posts