Monday, August 6, 2012

Tart Nenas

Assalamualaikum dan selamat berpuasa :) dah lama aku tak masak2 dan update blog terutama dalam bulan puasa ni yang hampir tetiap hari pun aku beli je juadah...sibuk punya pasal ^_^ ok la raya pun dah nak dekat so ada masa terluang ni aku cuba lah buat kuih raya mana yg dapat. Ni kuih raya mukadimah la kiranya tart nenas/pineapple tart...jom aku share version aku :)

TART NENAS
Bahan2:-
1 kg tepung serbaguna (boleh guna tepung superfine jika suka)
750 gm mentega bergaram (salted  butter)
10 biji kuning telur
5 sd besar susu cair penuh krim
1/2 sd teh garam
110 gm gula icing
100 gm serbuk badam (ground almond)
1 sd besar esen butter vanila
1/2 sd teh esen vanila

Eggwash
2 biji telur
6 biji kuning telur
(dipukul sebati)

Bahan2 lain
cawan kertas biskut
acuan semperit
berus silikon

Caranya:
Pecahkan sebiji2 telur ke dalam mangkuk (cuba elakkan kuningnya dari pecah) dan ketepikan.

Sementara itu masukkan gula icing, mentega, esen butter vanila dan esen vanila serta garam dan susu cair ke dalam mangkuk pengadun yg kering.

Pukul hingga ringan dan kembang.

Ceduk dengan cermat kuning telur dgn menggunakan tangan, satu persatu (buang pusatnya jika perlu) dan masukkan ke dalam adunan tadi.

Kemudian pukul sebati bersama adunan mentega.

Pukul adunan ini hingga kembang. Kaup tepinya dengan spatula supaya adunan dipukul rata.

Masukkan serbuk badam dan pukul sekejap hingga sebati.

Kemudian masukkan tepung sedikit2 sambil digaul rata dgn mixer. Pastikan tepung bergaul rata dengan adunan mentega dari dasar mangkuk adunan.

Apabila adunan sudah bergaul sebati alihkan dari mixer.

Gaul sedikit dgn tangan hingga menjadi sebuku dough. 

Tutup mangkuk berisi dough tadi dengan foil dan sejukkan dalam fridge selama 1 jam.

JEM NENAS 
(Sediakan sebelum membuat dough tart)
3 biji nenas masak yg besar (di kupas dan buang hidung dan empulurnya)
1 paket gula batu kecil (300 gm/paket)
1/2 sd teh cengkih
240 gm gula pasir
1/2 sd teh garam
30 gm mentega
1/2 biji jus lemon

Caranya:-
Nenas yang telah dibersihkan di belah 4 atau 8 menegak. Masukkan ke dalam juice extractor jika tidak di parut.

Ambil jusnya bila penuh dan masukkan ke dalam kuali yang kering bersama pulpnya sehingga nenas habis di gunakan. Kemudian masukkan cengkih, garam, gula dan gula batu dan pasangkan api sederhana.

Kacau sebati hingga gula larut.

Biarkan mendidih sambil di kacau sekali sekala dgn sudip kayu.

Apabila selai mula pekat kacau selalu supaya tak berkerak.

Kemudian masukkan mentega dan gaul rata.

Kemudian masukkan jus lemon (buang biji jika ada) dan kacau berterusan di atas api sederhana hingga pekat.

Apabila kering dan likat padamkan api (jika mahu jem lebih kental kacau lagi diatas api kecil sehingga mendapat konsistensi yg di inginkan). Biarkan sejuk.

MAKING TARTS 
Sediakan acuan semperit atau acuan tart. Aku pakai acuan pam jenis semperit jah sbb acuan tart aku takde.

Jem yg telah sejuk di masukkan ke dalam plastic bag icing dan gunting sedikit hujungnya.

Sediakan cawan kertas kecil dan leraikan satu persatu dgn cermat.

Sediakan juga egg wash bersama berus silikon.

Keluarkan adunan dari peti sejuk dan biarkan 1/2 jam pada suhu bilik. Sendukkan sedikit dan bentukkan selinder (baki adunan hendaklah sentiasa di tutup) dan masukkan ke dalam pam biskut tadi.

Kemudian pam dough cara menegak sepanjang 8 cm ke atas dulang yang kering.

 Pastikan coraknya di bahagian bawah.

Kemudian picit secukup inti pada hujungnya.

Gulung satu persatu dengan cermat.

Masukkan ke dalam cawan kertas

Kemudian susun ke dalam dulang pembakar.

Jangan di susun terlalu rapat. Biarkan sebelah menyebelahnya ada sedikit ruang.

Sapukan egg wash pada permukaan tart dengan menggunakan berus silikon.

Kemudian bakar pada oven yg telah dipanaskan pada suhu 160 C selama 25 minit.

Kemudian keluarkan dari oven dan biarkan tart sejuk.

Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba :)



1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM

    Kat mana nak beli acuan tart nenas seperti dalam gambar?

    ReplyDelete

Recent Posts